Wednesday, December 15, 2010

Pakej Lawatan Sambil Memborong ke Guangzhou, China



Selama 4 Hari 3 Malam Hanya RM 2,400!



Pakej

Pengurusan VisaTiket kapal terbang KL-Guangzhou-KL

Penginapan di hotel 3 bintang

Pengangkutan domestik

Makan Malam di Restauran Muslim.










Bonus Pakej

Melawat Masjid Huaisheng

Melawat Makam Saad Abi Waqas (bapa saudara Nabi Muhammad)

Melawat Beijing Lu (night shopping street)

Melawat Shang Xia Jiu Lu (night shopping street)


Maklumat Am

Kursus memborong barangan dari negara China yang kami anjurkan sememangnya mampu menjimatkan kos kerana anda tidak lagi bergantung kepada orang tengah. Selain itu kebarangkalian untuk ditipu lebih tinggi jika ia dilakukan tanpa ilmu dan tidak mempunyai rakan perniagaan di negara itu.



Penganjurkan trip ke China ini adalah bertujuan bagi menyalurkan maklumat kepada orang ramai agar segala ilmu perniagaan diperoleh peniaga sebelum mereka datang dan memborong sendiri di sini.



Berikut merupakan di antara sebilangan kecil barangan popular yang boleh anda perolehi daripada negara China;

Telefon Bimbit Touchscreen

Frame Gambar Digital

Audio/Video Kereta

Tablet PC (Ipad) Touchscreen

HD Camcoder Touchscreen

Permainan Remote Control (RC)

Jam Tangan dengan Kamera Spy

Telefon Bimbit Swivel

Aksesori Kamera DSLR

Gitar Elektrik

Permainan Video dan Aksesori Playstation, Xbox, Wii dan Gameboy

Jersi Bola Keranjang dan Bola Sepak

Baju Wanita Mengandung

Pakaian Bayi

Pemain MP3

Aksesori Perhiasan Wanita

Beg Tangan Wanita

Kasut Wanita

Barangan Permainan











Memborong


Apa yang China Tawarkan


China menawarkan destinasi terbaik untuk memborong. Antara sebab-sebab utamanya ialah;

• Harga Yang Murah

Dengan jumlah penduduk yang paling ramai di dunia, China mampu menghasilkan produk pada kos yang terendah.

• Dasar Ekonomi Terbuka

Para pengilang di China semakin giat menghasilkan produk-produk terbaru dan menarik untuk

dipasarkan ke serata dunia.

• Penghantaran Pintu ke Pintu

Terdapat banyak perkhidmatan penghantaran barangan secara pintu ke pintu yang mudah dan cekap.

• Urusniaga Jual-Beli yang Mudah

Masalah bahasa bukan penghalang untuk menjalankan urusniaga yang licin. Walaupun anda belum pernah berurusniaga di China, anda tidak perlu risau untuk memulakan langkah untuk memborong kerana kami akan memberikan khidmat tunjuk-ajar bagaimana untuk memastikan urusan anda cepat, lancar dan selamat. Sudah ramai yang berjaya menjadi pemborong dan peniaga barangan China setelah mengetahui rahsia dan ilmu memborong.











Apa yang Kami Tawarkan


Sebagai peserta pakej, kami menawarkan khidmat tunjuk-ajar dan nasihat bagaimana untuk menjadi pemborong yang berjaya seperti berikut;

1. Lawatan ke Pusat-Pusat Memborong

Kami akan membawa anda ke pusat-pusat memborong yang terbaik di mana anda akan memperolehi harga yang terbaik dari peniaga-peniaga yang dipercayai.

2. Hubungan dengan Agen Penghantaran

Urusan penghantaran boleh menjadi remeh dan tidak selamat sekiranya anda tidak mengenali agen penghantaran yang baik dan selamat. Kami akan memperkenalkan anda kepada agen yang boleh anda harapkan.

3. Urusan Pengangkutan

Segala urusan pengangkutan anda di sini akan diuruskan oleh pihak kami.

4. Makan Minum

Kami akan menguruskan segala makan minum anda yang dijamin halal.

5. Penginapan

Anda akan ditempatkan di hotel yang selesa sepanjang anda berada di sini.

6. Persediaan Anda

Kami akan memberikan nasihat tentang perkara-perkara yang perlu anda uruskan sebelum

memulakan perjalanan.

7. Tiket Kapalterbang Pergi dan Balik Segala urusan penerbangan anda akan diuruskan oleh pihak kami.

8. Pengalaman Kami

Tiada siapa yang lebih layak untuk membimbing anda untuk memborong di China kerana kami sendiri menjalankan perniagaan memborong samada di China dan Vietnam ketika ini.





Tempat-tempat Lawatan















Pusat Memborong

• Plaza Pakaian

• Plaza Jam Tangan

• Plaza Beg Tangan

• Plaza Mainan kanak-kanak

• Plaza Aksesori

• Plaza barang-barang kosmetik

• Plaza pakaian kanak-kanak

• Plaza fabrik

• Plaza kasut

• Plaza barang elektronik & Kamera

• Plaza Telefon Bimbit & Islamic Product




Pusat Pelancongan

Makam Saad bin Abi Waqas

Masjid Huaisheng

Beijing Lu

Shang Xia Jiu Lu


Itinerary lawatanKe GUANGZHOU - CHINA

Jadual lawatan selama 4 hari 3 malam

Hari Pertama

03:30 : Berkumpul di LCCT (berhampiran Starbuck)

05:50 : Berlepas ke China Guangzhou

10:00 : Tiba di Lapangan terbang

11:30 : Check In di Hotel

12:30 : Bertolak ke Plaza Hiasan Dalaman & Plaza Aksesori

18:00 : Bertolak pulang ke Hotel

19:00 : Makan Malam

20:30 : Melawat & Membeli Belah di Beijing Road

22:00 : Pulang Ke Hotel - Bebas


Hari Kedua

07:00 : Berkumpul di lobi hotel

08:00 : Bertolak ke Plaza Pakaian Moden, Jam & Kasut (Zhang Xi Lu)

13:00 : Sembahyang Zohor & Melawat Makam Saad Abi Waqas

14:00 : Bertolak ke Plaza Bag Tangan, Barangan Kulit & Cermin Mata

18:00 : Bertolak pulang ke Hotel

19:00 : Makan Malam

20:30 : Melawat & Membeli Belah di Shang Xia Jiu Lu (night shopping street)

22:00 : Pulang Ke Hotel - Bebas


Hari Ketiga

07:00 : Berkumpul di lobi hotel

08:00 : Melawat Plaza Kain Sutera & Langsir

13:00 : Melawat Plaza Elektronik & Kamera

18:00 : Bertolak pulang ke Hotel

19:00 : Makan Malam

20:30 : Taklimat Urusan Penghantaran Barangan Ke Malaysia (Shipping)

22:00 : Pulang Ke Hotel - Bebas


Hari Terakhir

07:00 : Berkumpul di lobi hotel

08:00 : Melawat Plaza Elektronik & Islamic Product

12:00 : Pulang Ke Hotel Dan Pembungkusan

16:00 : Bertolak Ke Aiport Bayun (Guangzhou)

20:00 : Berlepas Pulang ke Kuala Lumpur

12:30 : Tiba di LCCT KLIA


Syarat-Syarat

BAYARAN

Jumlah Pakej untuk Seorang : RM 2,400.00

Deposit Ketika Tempahan : RM 1,200.00

Baki Hendaklah Dijelaskan Selewat-lewatnya 2 Minggu Sebelum Tarikh Berlepas


Tempahan

Tempahan hendaklah dibuat selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh berlepas. Sekiranya ingin membuat tempahan di dalam tempoh dua bulan dari tarikh berlepas, ianya tertakluk kepada kekosongan dan harga yang berbeza bergantung kepada keadaan semasa.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi pihak urusetia di talian 019-270 0708.








No comments:

Post a Comment