Wednesday, December 15, 2010

Lawatan Sambil Memborong di Vietnam - Ho Chi Minh City







Pengenalan

Ho Chi Minh City (HCMC) atau dikenali juga dengan nama Saigon merupakan satu tempat yang amat menarik untuk dilawati. Ketika ini HCMC sudah mula dikenali ramai sebagai syurga membeli belah selain dari China dan juga Indonesia.

Harga barangan yang sangat berpatutan disamping kualiti yang ternyata baik jika dibandingkan dengan barangan-barangan dari Negara China dan Indonesia membuatkan kunjungan anda ke sana pasti tepat dan berbaloi. Selain dari melawat ke tempat-tempat bersejarah terutama peninggalan perang Vietnam-Amerika, anda juga akan dibawa ke tempat-tempat membeli belah yang biasanya hanya diketahui oleh orang tempatan di mana harga adalah lebih murah dan terdapat barangan-barangan yang unik dan tidak didapati di tempat-tempat lain.

Antara barangan yang menjadi tumpuan di HCMC:-

· Sutera Vietnam

· Baju Kurung Siap

· Kain Ela

· Tudung

· Telekung Sembahyang

· Beg Sandang

· Beg Tangan Labuci

· Baju Sukan (Adidas, Nike)

· Barangan Kraftangan

· Raket Badminton

· Barangan Tentera (uniform, peralatan dsb.)

· Kasut Lelaki dan Wanita

· Jaket


Itinerary lawatan

Jadual lawatan selama 3 hari 2 malam

Hari Pertama

06:30 : Berkumpul di LCCT (berhampiran Starbuck)

09:00 : Berlepas ke Vietnam

11:00 : Tiba di Lapangan terbang Tan Soon Nhat (bus Hotel)

12:00 : Check In di Hotel

13:00 : Sekitar Ben Thanh Market (Memborong)

19:00 : Makan Malam –Dalam Pakej

20:00 : Aktiviti Bebas -

Hari Kedua

07:00 : Sarapan Pagi

08:00 : Bertolak ke Chu Chi Tunnels (tapak peninggalan perang)

13:00 : Balik ke Ho Chi Minh City

14:30 : Makan Tengahari - Sendiri

15:30 : Lawatan ke War Museum & Independent Palace

18:00 : Aktiviti Bebas

19:00 : Makan Malam – Dalam Pakej

Hari Terakhir

07:00 : Sarapan Pagi

08:00 : Bergerak ke Chinatown – (Memborong)

14:00 : Check Out dan Urusan Penghantaran Kapal

16:00 : Bertolak ke Lapangan Terbang Tan Soon Nhat

19:25 : Berlepas Pulang ke Kuala Lumpur

22:15 : Tiba di LCCT KLIA


Syarat-Syarat

Bayaran

Jumlah Pakej untuk Seorang : RM 1,500.00

Deposit Ketika Tempahan : RM 750.00 (50%)

Baki 50% Dijelaskan Selewat-lewatnya 2 Minggu Sebelum Tarikh Berlepas


Tempahan

Tempahan hendaklah dibuat selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh berlepas. Sekiranya ingin membuat tempahan di dalam tempoh dua bulan dari tarikh berlepas, ianya tertakluk kepada kekosongan dan harga yang berbeza bergantung kepada keadaan semasa.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi pihak urusetia di talian 019-270 0708.

No comments:

Post a Comment